Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan Semasa Membeli Pakej Tour

Ruang email dipenuhi dengan mesej-mesej kerja sejak bertahun yang lalu. Kalendar kelihatan seperti permainan ‘Tetris’ dengan appointment-appointment yang dibook sepanjang minggu dengan warna-warna yang berbeza. Bos besar mahukan pekerja bekerja lebih masa bagi mencapai target dan deadline, manakala department pula tidak boleh berfungsi tanpa kepakaran anda. Peti sejuk tidak terisi dengan sendiri, baju-baju kotor bertimbun, dan lantai anda berdepan bahaya dipenuhi dengan baju tidak berlipat.

Kredit: VideoBlocks

Jika salah satu perkara di atas terjadi pada anda, anda perlukan percutian! Walau bagaimana pun, anda mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk merancang percutian sendiri. Merancang percutian bermakna memilih lokasi yang terbaik, baca review, meneliti kemudahan hotel dan sekelilingnya, mendapatkan rujukan dan recommendation dari kawan-kawan, dan book segala tiket lawatan bagi memastikan anda dapat manfaat terbaik dari semua tempat yang dipilih.

Proses ini mengambil masa yang sangat lama. Bak kata pepatah “Masa Itu Emas”, kerja juga memerlukan masa jadi anda mungkin lebih memerlukan masa tersebut untuk buat perkara yang lebih efektif. Percutian ialah masa untuk anda merehatkan badan dan minda, mencari ketenangan dan bersantai, menjelajahi tempat-tempat baru, keluar dari bulatan hidup selesa anda, dan masa untuk mendapatkan pengalaman. Namun begitu, sukar bagi anda untuk memperuntukkan masa untuk perkara-perkara begini.

Inilah masanya untuk gunakan khidmat syarikat pelancongan. Syarikat-syarikat ini memastikan pakej yang mereka tawarkan mempunyai perjalanan yang terbaik dan luar biasa terutama bagi mereka yang sibuk tetapi lebih suka melancong dan meneroka. Pakej itu pula lengkap dengan lawatan, penginapan, pengangkutan, makanan, tour guide, dan sebagainya. Jadi apa manfaat ambil pakej daripada susun semuanya sendirian?

Kredit: GoLegal

Memudahkan

Antara alasan utama ambil pakej adalah kerana ianya memudahkan urusan. Pakej percutian boleh didapati di seluruh dunia. Hanya taipkan destinasi pilihan anda di Google, bandingkan antara pakej yang sangat banyak itu. Mungkin anda consider jenis atau aktiviti semasa pelancongan. Google sahaja. Minat fotografi? Terdapat lawatan khusus untuk itu. Terasa mahu berski? Banyak pakej yang bawa anda ke tempat ski, ikut musim juga. Mahukan percutian yang adventure? Type sahaja semua ada!

Kredit: Thrive Global

Kesemua maklumat berkenaan pakej tersebut selalunya sudah terperinci di bahagian tempahan website tersebut. Syarikat pelancongan telah mengurus jadual perjalanan mereka dengan penyelidikan dan pengalaman mereka berada di sana selama bertahun untuk memaksimumkan perjalanan anda. Mereka tahu tempat terbaik di sesuatu tempat itu. Tidak perlu menghabiskan waktu yang berharga untuk meneliti vendor.

Pastikan anda membaca dengan teliti apa yang termasuk dalam pakej. Syarikat-syarikat ini mungkin tidak memasukkan harga-harga sesetengah lawatan bagi mengekalkan harga yang diiklankan lebih rendah. Anda mungkin perlu membayar kos tersembunyi semasa membuat pembayaran.

Sosial

Kredit: XOXO Tours

Anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang jika melancong dengan tour group. Banyak manfaat anda dapat dengan tour group terutama jika anda berseorangan. Anda akan dapat ramai kawan-kawan baru yang mempunyai matlamat sama dengan anda; melancong! Anda akan merasa lebih selamat dengan tour group berbanding berjalan berseorangan. Mereka juga akan membantu anda jika berlaku masalah.

Kualiti Servis

Syarikat-syarikat pelancong telah menghabiskan masa selama bertahun bagi membangunkan network dan kepercayaan dengan vendor-vendor di tempat-tempat tertentu. Mereka tahu siapa yang boleh menyediakan perkhidmatan terbaik, dan ia juga adalah jalan dua hala. Kebiasaannya vendor-vendor terbaik akan memberikan servis penjagaan istimewa kepada tour groups yang mengambil pakej dengan sesuatu syarikat, kerana syarikat tertentu membina reputasi yang baik antara vendor-vendor. Ini juga bermakna anda akan dapat perkhidmatan istimewa dan luar biasa, sesekali dapat freebies, dan banyak lagi berbanding berjalan bersendirian.

Bagi pakej-pakej private, pelancongan dan perkhidmatan yang diberikan adalah lebih berkualiti, dan anda dianggap seperti VIP. Anda melancong dengan kumpulan anda sendiri tetapi dengan jumlah yang lebih kecil seperti ahli keluarga. Akan ada wakil dari syarikat berkenaan yang bersama dengan anda dan akan menguruskan daftar masuk tempat penginapan, pengangkutan, tempahan, pengesahan, aduan, dan isu-isu yang timbul. Mereka juga ada untuk menjawab soalan, membuat cadangan, dan menempah aktiviti tambahan untuk anda. Mereka bekerja sepanjang masa di balik tabir memastikan percutian anda berjalan lancar.

Tambahan itu, baca review syarikat yang pilih diluar dari website mereka untuk lebih yakin. Review dan komen dari FB dan Google adalah antara review yang anda boleh perhatikan. Explore social media mereka dan baca komen-komen dan pandangan orang awam terhadap perkhidmatan mereka. Ini semua adalah petunjuk tentang baik mana kualiti perkhidmatan yang mereka boleh tawarkan. Lihat juga bagaimana mereka boleh selesaikan masalah yang timbul semasa percutian dan seterusnya dapat memberikan anda percutian yang tidak dapat dilupakan.

Keselamatan

Kredit: Life Savvy

Sudah tentu tiada jaminan keselamatan dalam apa-apa yang anda lakukan. Walau bagaimana pun, tour group memberikan keyakinan bahawa keselamatan itu terletak pada nombor/jumlah. Pelancongan dengan teman yang berpengalaman dan tour lead serta tour guide yang fasih dalam bahasa, budaya dan amalan tempatan adalah meyakinkan. Ia membolehkan anda mengetepikan kebimbangan anda dan hanya menikmati percutian ini.

 Mendidik

Tour lead anda telah ke pelbagai destinasi beberapa kali. Walau bagaimana pun, mereka mungkin bukan tour lead yang pakar tentang aktiviti anda, tetapi mereka mempunyai pengetahuan tentang kawasan itu. Ini mungkin dari pengalaman peribadi mereka atau dari penyelidikan mereka. Mereka akan menjadi sumber terbaik dalam perjalanan yang menawarkan maklumat sepanjang percutian anda. Jika mereka tidak tahu, mereka akan cepat-cepat cari jawapannya untuk anda.

Tour lead anda mungkin tahu di mana penduduk tempatan makan dan main. Ini bermakna pengalaman yang lebih authentic, pengalaman budaya yang bukan tourist spot. Tak perlu baca semua review yang termasuk review online mereka yang tidak pernah puas hati, anda boleh bertanya terus kepada yang lebih berpengalaman.

Kredit: Wayfairer Travel

Nilai

Dalam era maju dengan adanya internet dan tempahan atas talian, sesetengah mereka suka menyusun perjalanan mereka sendiri. Terdapat cabaran dalam mencari harga terendah dan terbaik. Ianya menarik untuk berbual dengan kawan-kawan anda tentang deal-deal menarik yang anda jumpa. Tetapi sesetengah orang mendapati nilai yang luar biasa dalam masa yang singkat dan kurangnya tekanan dalam membuat keputusan dengan menempah pakej bersama group tour.

Termasuk dalam harga pakej tersebut ialah perkhidmatan menyeluruh yang telah menguruskan segalanya termasuk tour guide dan tour lead. Kedengaran seperti perkhidmatan yang disediakan untuk orang yang berada. Secara tak langsung, akan ada orang yang benar-benar peduli tentang kebajikan dan pengalaman anda. Matlamat utama mereka adalah untuk memastikan anda mempunyai pengalaman yang luar biasa yang mungkin akan ulang perjalanan dengan mereka lagi. Bergantung kepada bagaimana anda sendiri menghargai perkhidmatan yang mereka tawarkan, harga pakej tersebut mungkin sangat mahal atau sangat berbaloi.

Travel Solo Atau Dengan Tour Group?

Merancang perjalanan memerlukan anda untuk pening kepala membuat research dan keputusan. Ke mana ingin pergi, apa aktiviti boleh buat disana, atau bagaimana untuk jimatkan perbelanjaan.

Ada lagi satu soalan yang boleh anda tanya pada diri sendiri. Nak book tour atau gerak solo? Memang berbeza sangat travel sendiri dengan travel bersama tour group.

Kredit: studyinternational.com

Jika book tour, tak perlu bersusah-payah merancang perjalanan, tiket semua sudah termasuk sekali, lebih selamat, dan ada support dan community yang berkongsi pengalaman pahit manis travel bersama. Anda juga dapat peringatan dan tips-tips travel percuma dalam whatsapp group travel anda.

Tapi jika anda mahukan privasi, santai, dan trip ikut pace anda, pilihan anda adalah travel sendiri. Anda boleh buat apa saja anda suka, ke sana sini bila-bila masa, dan tak perlu risau orang tunggu anda atau anda tunggu orang.

Kredit: matadornetwork.com

Kedua-dua pilihan ada kelebihan dan kekurangan. Sebelum buat keputusan, ada beberapa perkara anda perlu pertimbangkan. Salah satunya adalah tujuan utama trip tersebut seperti jalan-jalan cari makan, buat aktiviti lasak, atau bershopping sakan. Kadang-kadang nak pergi shopping sahaja tapi ikut tour ade ke tempat-tempat attraction sekali.

Jika bahasa adalah kekangan anda, jangan risau kebanyakan tempat lawatan ada papan tanda dalam bahasa inggeris. Kalau tak yakin juga boleh book travel pakej terus. Ada banyak pakej yang menawarkan itinerary free & easy bersama tour guide atau tanpa tour guide. Ambil pakej tapi bergerak sendiri, dua dalam satu.

Kesimpulannya, keputusan memilih untuk melancong dengan group atau bersendirian perlu ikut tujuan utama anda dan juga beberapa faktor lain seperti aktiviti, tempat yang ingin dilawati, dan banyak mana masa anda hendak peruntukkan di satu tempat.

Pertama Kali Melancong Ke Sana

Bagi anda yang pertama kali ingin melancong ke satu tempat, disarankan ambil pakej atau pergi bersama mereka yang sudah mahir selok belok tempat tersebut. Sebelum travel sendiri di tempat tersebut, lengkapkan diri anda dengan maklumat dan experience supaya anda lebih familiar dengan selok belok di sana.

Banyak manfaatnya anda travel bersama tour group untuk ke tempat yang pertama kali hendak melancong ke sana. seperti urusan telah dipermudahkan, dapat geng segera yang sama tujuan, lebih selamat dan yakin dengan perjalanan tersebut, dan paling penting ada orang yang boleh tolong tangkap gambar anda untuk update di fb dan insta.

Dalam group, tour guide yang akan bawa anda ke destinasi-destinasi di sana. Jadi anda tak perlu fikir mengenai pengangkutan, tempat penginapan, dan makan. Hanya perlu sediakan duit belanja sendiri sahaja. Selalunya bayaran tiket masuk ke tempat-tempat attraction juga sudah termasuk dalam harga pakej, namun ada juga pakej yang jadikan bayaran ini sebagai hidden charge supaya harga pakej mereka lebih rendah. Baca dengan teliti semasa memilih pakej.

Kredit: popularmechanics.com

Kadang-kala bila ikut pakej akan jadi terkejar-kejar dan menjadikan pelancongan itu sangat memenatkan kerana jadual yang sangat packed. Bandingkan itinerary antara banyak pakej dan cuba dapatkan lebih maklumat berkenaan itinerary berkenaan dengan travel agency tersebut. Jika anda rasa tidak cukup 1 jam sahaja di tempat shopping, cari pakej yang mana anda ada free time untuk berjalan sendiri.

Berkenaan makanan pula, ada pakej yang sepanjang anda di sana makan breakfast, lunch dan dinner telah disediakan, jadi tak perlu susah fikir tentang makanan dan status halal haram makanan tersebut. Ada juga pakej yang mungkin tidak menyediakan lunch atau dinner dalam sehari. Bagus juga sebab anda boleh merasa makanan yang selain disediakan seperti street food dan delicacies tempat tersebut. Jangan lupa semak halal atau tidak. Boleh saja check online.

Kredit: twitter.com
Kredit: el mundo eats

Pakej travel juga merupakan satu cara yang bagus untuk organise group travel. Bila berjalan dengan rakan-rakan selalunya timbul masalah siapa perlu uruskan dan siapa perlu jadi bendahari untuk kumpul duit? Jadi untuk mudah, pilih sahaja beberapa pakej dan vote. Payment pun lebih mudah kerana boleh bayar sendiri terus ke travel agency.

Bukan sahaja kawan-kawan, malah anda akan dapat satu komuniti segera yang lebih besar – group travel yang ikut pakej bersama. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, status, warna kulit, agama dan bangsa, dan anda mungkin terkejut siapa satu bilik dengan anda jika bukan kawan rapat anda. Inilah masanya untuk berkenalan dan tambah kawan yang datang dari pelbagai negeri.

Kredit: pinterest.com

Melancong dengan tour group memang sangat seronok apabila semua peserta bersifat terbuka, positif dan masuk air. Mereka tidak kisah dan akan saling menolong sekiranya berlaku apa-apa masalah. Justeru itu, menjadikan pelancongan itu lebih selamat. Bagi yang melancong tanpa ibu bapa, pakej dan group itu sendiri menjadi jaminan yang menyakinkan ibu bapa bahawa mereka selamat dan akan lebih mudah dihubungi.

Berbanding solo, group adalah lebih jimat kerana travel agency boleh dapatkan diskaun untuk pax yang ramai. Selain itu, pengangkutan group anda juga akan dapat access ke tempat-tempat yang mungkin tidak dapat pergi sekiranya berseorangan. Mungkin juga bermaksud gambar-gambar anda tangkap adalah limited edition! Inilah masanya menggunakan khidmat tangkap gambar ahli group yang lain supaya anda dan kawan-kawan dapat bergambar bersama.

Kredit: escape.com.au

Klik sini untuk lihat pakej yang menawarkan perjalanan free & easy. Jika anda berminat untuk ke Australia, anda boleh uruskan Australia Visa anda sendiri atau dapatkan Australia Visa Online.