Penglibatan Kanak-Kanak Dalam Perjalanan

Melancong boleh menjadi memberikan pengajaran dan pengalaman yang unik dengan melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza terutama kepada kanak-kanak. Pengalaman unik ini termasuk makanan, budaya, pemandangan dan juga waktu terluang bersama keluarga. Tetapi melancong dengan kanak-kanak adalah sesuatu yang besar – pelan perjalanan yang tidak boleh diramal, packing list yang panjang dan ragaman adalah antara beberapa cabaran yang mungkin anda hadapi sepanjang perjalanan.

Kredit: World Walks

Namun begitu, ramai sahaja yang telah melancong bersama anak kecil termasuk bayi dan mereka berjaya mengharunginya sambil mendapatkan pengalaman yang berharga. Semuanya bergantung kepada keadaan semasa di sana, perancangan yang teliti dan mengambil peduli setiap komplikasi, dan tahu apa yang perlu dibuat sebelum berlepas bagi memastikan anak-anak sedia untuk perjalanan yang panjang dan bukan kebiasaan mereka. Walau apa pun, pengalaman melancong bersama keluarga ke tempat asing ketika mereka masih kanak-kanak boleh mendorong mereka untuk menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi.

Kredit: The Bump

Mengapa melancong bersama kanak-kanak dan adakah ianya selamat?

Ada dua sebab mengapa Ibu bapa membawa anak-anak mereka berjalan – pendidikan dan percutian. Pendidikan di sini selaras dengan percutian kerana sifat kanak-kanak yang ingin tahun, jadi kebanyakan pengalaman yang mereka dapat adalah satu bentuk Pendidikan bagi mereka. Melancong bersama kanak-kanak terbukti selamat – ramai pelancong yang berkongsi pengalaman mereka melancong bersama anak kecil termasuk bayi. Namun begitu anda sendiri perlu mengambil peduli semua aspek keselamatan untuk memastikan anak-anak selamat semasa melancong.

Libatkan mereka dalam keseronokan perjalanan.

Selain memastikan keselamatan mereka, anda juga perlu memastikan perjalanan anda sekeluarga seronok dan bermanfaat terutama bagi kanak-kanak. Mereka akan keluar dari tempat dan zon selesa mereka untuk menghadapi sesuatu yang asing seperti tingkah laku dalam penerbangan yang panjang, cuaca yang lain dari biasa, makanan dan lain-lain. Anda tidak sabar untuk bercuti bersama keluarga, tetapi juga mahu mereka merasakan keseronokan itu.

Kredit: Baby Can Travel

Bayi yang berumur antara setahun atau kurang adalah yang paling senang untuk dibawa berjalan, hanya pastikan mereka gembira dengan memberikan persekitaran yang selesa dan permainan untuk mengalih perhatian mereka. Anda perlu ambil peduli pelan jadual untuk bayi seperti masa makan dan tidur. Bawakan mereka permainan, buku dan botol kegemaran mereka semasa perjalanan. Jika bayi tersebut sudah pandai berjalan, berikan mereka peluang masa dan ruang seketika untuk berjalan, jika tidak bayi itu masih boleh berguling atau merangkak atas tikar.

Kanak-kanak yang berumur antara 2 tahun hingga 4 tahun adalah yang paling seronok kerana mereka dalam proses menerima dan melibatkan diri dengan persekitaran. Persekitaran yang asing membuatkan mereka lebih seronok untuk jelajah. Semasa membuat perancangan, masukkan juga waktu yang cukup untuk kanak-kanak ini melepaskan tenaga mereka seperti bermain di taman permainan atau berenang di dalam kolam. Lebih besar tempat mereka berlari lebih seronok perasaan mereka. Anda juga mungkin akan berjumpa dan berkenalan dengan penduduk tempatan yang membawa anak-anak mereka ke taman.

Kredit: Travel Mad Mum

Cara yang terbaik untuk membuatkan anak-anak yang bersekolah terlibat dengan seronoknya dalam perjalanan ini adalah semasa merancang. Beri mereka peluang untuk memilih tempat atau aktiviti yang mereka mahu lakukan disana. Sudah tentu anda yang memberikan mereka pilihan-pilihan tersebut, tetapi penglibatan mereka dalam perancangan perjalanan membuatkan mereka tertarik dan tertunggu-tunggu. Pilihan yang anda berikan pula perlu lah sesuatu yang menarik minat mereka seperti melihat tempat-tempat menarik atau melakukan aktiviti air seperti snorkelling dan lain-lain.

Untuk remaja pula, cara penglibatan yang sesuai untuk mereka adalah dengan memberikan tugas merancang sebahagian trip itu. Antara yang mereka boleh pilih adalah tempat-tempat lawatan dan makanan untuk makan malam. Atau anda boleh biarkan remaja mereka bentuk rancangan satu hari dalam itinerary anda. Mereka juga mungkin mahu memilih tempat tinggal seperti tinggal di bandar, pantai atau kawasan alam semula jadi.

Kredit: The New York Times

Memilih Destinasi Yang Sesuai

Anda mungkin sukar untuk memilih destinasi yang memuatkan semua pilihan keluarga. Jadi untuk lebih mudah, pilih tujuan melancong dahulu sebelum memilih tempat. Adakah anda mahu bersantai di kawasan pantai dan pulau, atau pengembaraan ke alam semula jadi? Ingin keluar jauh dari kawasan bandar? Hanya apabila anda tahu apa tujuan dan aktiviti yang anda mahu lakukan, anda akan boleh putuskan ke mana hendak pergi yang boleh memenuhi keperluan itu.