Travel Solo Atau Dengan Tour Group?

Merancang perjalanan memerlukan anda untuk pening kepala membuat research dan keputusan. Ke mana ingin pergi, apa aktiviti boleh buat disana, atau bagaimana untuk jimatkan perbelanjaan.

Ada lagi satu soalan yang boleh anda tanya pada diri sendiri. Nak book tour atau gerak solo? Memang berbeza sangat travel sendiri dengan travel bersama tour group.

Kredit: studyinternational.com

Jika book tour, tak perlu bersusah-payah merancang perjalanan, tiket semua sudah termasuk sekali, lebih selamat, dan ada support dan community yang berkongsi pengalaman pahit manis travel bersama. Anda juga dapat peringatan dan tips-tips travel percuma dalam whatsapp group travel anda.

Tapi jika anda mahukan privasi, santai, dan trip ikut pace anda, pilihan anda adalah travel sendiri. Anda boleh buat apa saja anda suka, ke sana sini bila-bila masa, dan tak perlu risau orang tunggu anda atau anda tunggu orang.

Kredit: matadornetwork.com

Kedua-dua pilihan ada kelebihan dan kekurangan. Sebelum buat keputusan, ada beberapa perkara anda perlu pertimbangkan. Salah satunya adalah tujuan utama trip tersebut seperti jalan-jalan cari makan, buat aktiviti lasak, atau bershopping sakan. Kadang-kadang nak pergi shopping sahaja tapi ikut tour ade ke tempat-tempat attraction sekali.

Jika bahasa adalah kekangan anda, jangan risau kebanyakan tempat lawatan ada papan tanda dalam bahasa inggeris. Kalau tak yakin juga boleh book travel pakej terus. Ada banyak pakej yang menawarkan itinerary free & easy bersama tour guide atau tanpa tour guide. Ambil pakej tapi bergerak sendiri, dua dalam satu.

Kesimpulannya, keputusan memilih untuk melancong dengan group atau bersendirian perlu ikut tujuan utama anda dan juga beberapa faktor lain seperti aktiviti, tempat yang ingin dilawati, dan banyak mana masa anda hendak peruntukkan di satu tempat.

Pertama Kali Melancong Ke Sana

Bagi anda yang pertama kali ingin melancong ke satu tempat, disarankan ambil pakej atau pergi bersama mereka yang sudah mahir selok belok tempat tersebut. Sebelum travel sendiri di tempat tersebut, lengkapkan diri anda dengan maklumat dan experience supaya anda lebih familiar dengan selok belok di sana.

Banyak manfaatnya anda travel bersama tour group untuk ke tempat yang pertama kali hendak melancong ke sana. seperti urusan telah dipermudahkan, dapat geng segera yang sama tujuan, lebih selamat dan yakin dengan perjalanan tersebut, dan paling penting ada orang yang boleh tolong tangkap gambar anda untuk update di fb dan insta.

Dalam group, tour guide yang akan bawa anda ke destinasi-destinasi di sana. Jadi anda tak perlu fikir mengenai pengangkutan, tempat penginapan, dan makan. Hanya perlu sediakan duit belanja sendiri sahaja. Selalunya bayaran tiket masuk ke tempat-tempat attraction juga sudah termasuk dalam harga pakej, namun ada juga pakej yang jadikan bayaran ini sebagai hidden charge supaya harga pakej mereka lebih rendah. Baca dengan teliti semasa memilih pakej.

Kredit: popularmechanics.com

Kadang-kala bila ikut pakej akan jadi terkejar-kejar dan menjadikan pelancongan itu sangat memenatkan kerana jadual yang sangat packed. Bandingkan itinerary antara banyak pakej dan cuba dapatkan lebih maklumat berkenaan itinerary berkenaan dengan travel agency tersebut. Jika anda rasa tidak cukup 1 jam sahaja di tempat shopping, cari pakej yang mana anda ada free time untuk berjalan sendiri.

Berkenaan makanan pula, ada pakej yang sepanjang anda di sana makan breakfast, lunch dan dinner telah disediakan, jadi tak perlu susah fikir tentang makanan dan status halal haram makanan tersebut. Ada juga pakej yang mungkin tidak menyediakan lunch atau dinner dalam sehari. Bagus juga sebab anda boleh merasa makanan yang selain disediakan seperti street food dan delicacies tempat tersebut. Jangan lupa semak halal atau tidak. Boleh saja check online.

Kredit: twitter.com
Kredit: el mundo eats

Pakej travel juga merupakan satu cara yang bagus untuk organise group travel. Bila berjalan dengan rakan-rakan selalunya timbul masalah siapa perlu uruskan dan siapa perlu jadi bendahari untuk kumpul duit? Jadi untuk mudah, pilih sahaja beberapa pakej dan vote. Payment pun lebih mudah kerana boleh bayar sendiri terus ke travel agency.

Bukan sahaja kawan-kawan, malah anda akan dapat satu komuniti segera yang lebih besar – group travel yang ikut pakej bersama. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, status, warna kulit, agama dan bangsa, dan anda mungkin terkejut siapa satu bilik dengan anda jika bukan kawan rapat anda. Inilah masanya untuk berkenalan dan tambah kawan yang datang dari pelbagai negeri.

Kredit: pinterest.com

Melancong dengan tour group memang sangat seronok apabila semua peserta bersifat terbuka, positif dan masuk air. Mereka tidak kisah dan akan saling menolong sekiranya berlaku apa-apa masalah. Justeru itu, menjadikan pelancongan itu lebih selamat. Bagi yang melancong tanpa ibu bapa, pakej dan group itu sendiri menjadi jaminan yang menyakinkan ibu bapa bahawa mereka selamat dan akan lebih mudah dihubungi.

Berbanding solo, group adalah lebih jimat kerana travel agency boleh dapatkan diskaun untuk pax yang ramai. Selain itu, pengangkutan group anda juga akan dapat access ke tempat-tempat yang mungkin tidak dapat pergi sekiranya berseorangan. Mungkin juga bermaksud gambar-gambar anda tangkap adalah limited edition! Inilah masanya menggunakan khidmat tangkap gambar ahli group yang lain supaya anda dan kawan-kawan dapat bergambar bersama.

Kredit: escape.com.au

Klik sini untuk lihat pakej yang menawarkan perjalanan free & easy. Jika anda berminat untuk ke Australia, anda boleh uruskan Australia Visa anda sendiri atau dapatkan Australia Visa Online.