Travel Solo @ Group

Semasa bercuti, ada kalanya anda mahu bersendirian, dan ada masanya perlu ada geng untuk kongsi keterujaan melancong ke tempat asing. Pilihan antara travel sendiri atau dengan tour group pula adalah berdasarkan mood, motif, level kerajinan dan ke-excited-an untuk bersama komuniti.

Kalau melancong seorang diri perlu cari tempat tinggal dan pengangkutan sendiri, dan jika rancangan perjalanan lari bole redah saja di sana. Tiada kekangan masa atau perlu tunggu orang.

Ambil pakej tapi berjalan sendirian atau dengan family sahaja pun ok juga. Boleh ambil pakej private tour yang sediakan itinerary free & easy.

Melancong dengan tour group memang mudah dan selalunya lancar sahaja. Ada komuniti segera yang berkongsi pengalaman travel dengan anda dan tak perlu risau tiket masuk tempat-tempat menarik atau makan.